Total Pageviews

Wednesday 2 November 2011

Profil Guru Utama

Pengasas : Yang Mulia Mahaguru Doktor Raja Aziz Laksmana Hoja Andak

Aliran silat ini merupakan silat keturunan yang sekarang dikembangkan secara meluas oleh cucunda Raja Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak.
Beliau pernah aktif bersama Kementerian Kebudayaan Kuala Lumpur yang diasuh oleh Allahyarham Bapak Osama Sumanti yang dulunya dikenali sebagai Guru Tari Kuno dan Guru Persilatan (Silat Pulut).
Selain mendalami ilmu-ilmu persilatan dan kebatinan, Abdul Aziz bin Mohd Ali turut membuka matanya melihat aliran orang lain. Oleh itu beliau pernah mendalami seni Judo dan Pergerakan Kudokan Ninja perseorangan dengan Master Herakawa selama 4 tahun.
Selepas itu, beliau mendalami ilmu Taichi bersama Master Lee dan meneruskan pelajaran seni mempertahankan diri (silat) sebanyak 7 jenis. Kebolehan yang ditunjukkan itu, Abdul Aziz bin Mohd Ali telah bergelar sebagai guru dalam usia yang muda
Rasa tidak puas hati dengan kebolehan sendiri menyebabkan Abdul Aziz bin Mohd Ali mencari guru-guru yang dikira dapat memberikan ilmu kepadanya. Silat Sheikh Baginda Ali, Batin Harimau Puaka, Sheikh Gagak di Rimba, Perilmuan Changkat dan lain-lain lagi adalah aliran yang pernah dipelajarinya.
Setelah bapa angkatnya mangkat, pada usia 120 tahun lebih, dia diamanahkan mengembangkan silat Acheh Helang Putih ini sebagai menggantikan arwah gurunya. Setelah itu Abdul Aziz bin Mohd Ali menambah perkataan Acheh Helang Putih kepada Kegayungan Acheh Helang putih yang bererti silat ini penuh dengan kebatinan (maksud kebatinan disini adalah mengawal dari segi fizikal dan mental menggunakan segala pancaindera tubuh badan seperti mata, telinga, rasa serta pernafasan dan bukannya menggunakan bantuan makhluk halus).

RAJA AZIZ LAKSAMANA KHOJAK ANDAK
RAJA AZIZ LAKSMANA HOJA ANDAK
KETURUNAN PENGASAS SENI SILAT KEGAYUNGAN (A) HELANG PUTIH
  • Berdarah Raja Mendeleng (Sibarora)
  • Keturunan Raja Sakti
  • Beliau digelar Raja Laksamana Hojak Andak
  • Mewarisi “Keris Picit LangKitang Sibaitang” (Tuan Putri Terus Mata)

MAJLIS PENGANUGERAHAN BENGKUNG DAN PERHIMPUNAN PESILAT SEKOLAH -SEKOLAH DAERAH KERIAN TAHUN 2011 29 Oktober 2011 Sek Men Abu Bakar Al Bakir ( SABAR )